Penjawat Awam Yang Sokong Mahathir Ibarat Sedang Gali Kubur Sendiri

Masih adakah lagi penjawat awam yang masih simpati dan sokong Mahathir? Kalau ada, maka eloklah berhenti sahaja. Ini kerana Mahathir sek...



Masih adakah lagi penjawat awam yang masih simpati dan sokong Mahathir? Kalau ada, maka eloklah berhenti sahaja. Ini kerana Mahathir sekarang sudah jadi ulu kapak kepada DAP untuk tebang pokok sendiri.

Mahathir sekarang lebih suka tengok kakitangan awam hidup susah seperti di zamannya dahulu.

Terbaru, Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan berkata tindakan Datuk Seri Najib Razak menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan.

Sebelum ini Mahathir berkata mahu buang penjawat awam jika DAP dan Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya.

"Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali kerajaan yang ada sekarang ini, bahkan ada kakitangan kerajaaan tertentu yang perlu disingkir oleh kita juga” kata Mahathir ketika berucap di Demo Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017.

Banyak lagi agenda DAP yang mahu buang kakitangan awam ini. Kalau tidak percaya, baca pautan ini ;

http://www.tv14.my/2017/10/17/buang-penjawat-awam-mahathir-teruskan-perjuangan-dap-yang-belum-selesai/


Memang benarlah ada orang kata darah yang mengalir dalam tubuh Mahathir sekarang sudah diresapi 'virus' DAP. Mahu buang penjawat awam, kutuk bangsa lain tetapi puji DAP sebagai "bukan lagi syaitan" adalah simptom simptom jangkitan virus DAP.

Betullah kata Nik Abduh itu, barangkali otaknya "sudah senget". Hanya penjawat awam yang "otak senget" sahaja yang tidak setuju gaji dinaikkan.

Dulu Tony Pua pernah kata gaji penjawat awam ini satu beban. Sekarang Mahathir sudah dengar cakap Tony Pua. Mahathir pun kata tindakan Najib menaikkan gaji kepada kakitangan kerajaan ini sebagai satu beban.

Apakah salah tindakan kerajaan Barisan Nasional mahu menambah kuasa beli rakyat khususnya 1.6 juta penjawat awam kerajaan? Ianya tidak salah. Ianya demi kebajikan rakyat. Kenapa Mahathir dan DAP anggap ianya salah dan beban?

Benarlah apa yang dikata oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semasa berucap di hadapan 377 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) muda pada 19 Oktober 2017 ;

"Kerajaan sekarang di landasan yang tepat dan cemerlang, justeru jangan percaya kepada sesetengah pihak yang sengaja mahu mensabotaj negara"

Apakah yang mahu diharapkan lagi oleh 1.6 juta penjawat awam kerajaan terhadap Pakatan Harapan? Jika pengerusinya sendiri menganggap penjawat awam kerajaan sebagai beban dan merugikan.

Inilah gambaran awal kepada nasib dan masa depan penjawat awam kerajaan di Malaysia jika Pakatan Harapan memegang kuasa. Tidak mustahil, hampir separuh dari jumlah 1.6 juta penjawat awam akan dibuang kerja jika DAP dan Pakatan Harapan memerintah.

Jauh berbeza dengan corak kepimpinan Datuk Seri Najib sekarang. Bukan sahaja memberi pelbagai insentif melalui setiap kali pembentangan bajet, malah masa depan penjawat awam kerajaan juga tetap menjadi aspek utama kepada fokus Kerajaan Malaysia pada hari ini.

Sejak lapan tahun di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib, banyak manfaat yang penjawat awam dapat. Antaranya ialah ;

1) gaji penjawat awam naik sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012,

2) pencen minimum daripada RM720  naik kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012,

3) penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016

4) pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum

5) menaikkan kadar  Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar 

6) menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minimumkepada RM300 sebulan pada  2015,

Ini belum termasuk insentif lain termasuk perumahan, penambahbaikan jawatan kontrak ke jawatan tetap dan struktur gaji penjawat awam yang lebih baik. Banyak yang penjawat awam nikmati zaman Datuk Seri Najib.

Oleh itu kenapa hendak sokong perjuangan DAP dan Mahathir untuk buang kakitangan awam?

Bagi mereka yang masih menyokong Pakatan Harapan terutama yang berkerja sebagai penjawat awam, maka mereka sebenarnya tidak ubah seperti sedang 'menggali lubang kubur sendiri'.

Mereka tolong cangkul sekarang. Bila DAP datang nanti, terus DAP dan Pakatan Harapan tolak masuk dalam kubur. Akan kena timbus hidup hidup sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam jika DAP berkuasa.


COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Penjawat Awam Yang Sokong Mahathir Ibarat Sedang Gali Kubur Sendiri
Penjawat Awam Yang Sokong Mahathir Ibarat Sedang Gali Kubur Sendiri
https://4.bp.blogspot.com/-LVCsacFivMU/WemRMoIlc9I/AAAAAAAASHA/xiWssPfs_aEdeIdjFkg2ZiF3H56K8FLEACLcBGAs/s640/IMG-20171020-WA0022.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-LVCsacFivMU/WemRMoIlc9I/AAAAAAAASHA/xiWssPfs_aEdeIdjFkg2ZiF3H56K8FLEACLcBGAs/s72-c/IMG-20171020-WA0022.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2017/10/penjawat-awam-yang-sokong-mahathir.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2017/10/penjawat-awam-yang-sokong-mahathir.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy