*Azan Ismail Buat-Buat Bijak Komen Berkaitan #Bajet2018*



SELEPAS mengamati kenyataan YB Azan Ismail menerusi video rakaman yang berdurasi sepanjang 5 minit 11 saat di facebook terdapat beberapa kenyataan yang bercanggah dengan fakta yang sebenar.

Dimana Azan secara lantang dan yakin mendakwa bahawa pembentangan bajet yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak itu selesai pada jam 6.51 petang (jumaat) pada hal habis lebih awal iaitu pada jam 6.35 petang.

Beberapa persoalan dan penjelasan yang dibuat oleh Adun Bandar itu turut mengheret rakyat dalam kekeliruan yang mana  kelebihan, keutamaan yang bakal dinikmati oleh rakyat negari Terengganu didalam bajet 2018 itu.


ADAKAH Adun Bandar ini melihat secara langsung pembentangan #bajet2018 dibentangkan oleh Najib???


1. Masa penbentang bajet 2018 itu tamat setelah berlangsung selama 2 jam 35 minit 41 saat dan bukan seperti yang dinyatakan oleh Azan dan berakhir tepat jam 6:35:41 petang.

2. Antara manfaat yang akan dinikmati secara langsung oleh rakyat Terengganu berkaitan #bajet2018 yang dibentangkan oleh perdana menteri

  1. 600 unit rumah dibawah program My Beautiful New Home atau MyBNHomes untuk bawah 40 tahun di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak serta kawasan orang asli.


2.      Bayaran Khas penjawat awam RM 1500 dan Pesara RM 700

3.      Naik taraf perkhidmatan Kardiologi dan Kardiotorasik di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu

4.      Setiap anak yang lahir  bermula 1 Januari 2018 hingga 2022 dihadiahkan dana tabung permulaan sebanyak RM 200 melalui Unit Amanah Saham

5.      Bantuan RM 200 sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian pada dengan peruntukan hampir RM 150 juta kepada pesawah padi


Jadi apa lagi yang hendak dikelentong oleh Azan Ismail berkaitan apa yang bakal dinikmati oleh rakyat Terengganu dengan #bajet2018 yang telah dibentangkan itu?


TAG