HUDUD bukan lagi keutamaan PAS Terengganu dalam Menifesto PRU 14

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) negeri Terengganu tidak mempertaruhkan agenda HUDUD didalam manifesto parti itu untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti.

Mereka sudah tidak percaya bahawa manifestor HUDUD boleh menarik rakyat untuk menyokong parti itu sepertimana berlaku pada tahun 1999 yang mana manifestor tersebut menjadi keutamaan Pas.

Ketika itu, Pas berjaya menawan Terengganu dan dijanjikan ketika itu selepas berjaya menawan Terengganu HUDUD akan dilaksanakan menjelang ayam berkokok pada paginya.

Tetapi janji hanya tinggal janji dan ada yang menyatakan bahawa Pas cuba mempergunakan HUDUD itu untuk kepentingan parti itu sahaja bagi menarik undi kali kalangan melayu Islam.

Sehingga hari ini pun kerajaan Pas Kelantan tidak menjalankan hukuman HUDUD dan undang-undang HUDUD setelah 25 tahun menguasi kerajaan Kelantan yang mana didokong oleh parti Pas.

Disebabkan itu juga Pas Terengganu tidak memasukan HUDUD dalam manifestor kali ini kerana beberapa kenyataan presiden ketika bersama DAP telah memperkecilkan undang-undang Islam itu.

Semasa berkempen di atas pentas ceramah bukan main gah, bersembur air liur melaungkan takbir sambil menghukum UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.

Kita tak lupa Hadi Awang jugalah yang pernah menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok.

Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, ayam jantan sampai hilang suara pun bayang hudud secara praktikal pun tak nampak.

Dan kini Hadi Awang dan PAS datang lagi buat perangai lama hanya kerana musim pilihanraya makin dekat, bertempik sakanlah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan.

Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula  – perkara yang mereka tak fikirpun dulu sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian – dah jadi tabie semulajadi PAS sejak dulu hingga sekarang.


PEMIMPIN PAS TOLAK HUDUD

Mohamad Daud Iraqi pernah berkata: “Pelaksanaan hudud dan qisas bukan agenda utama PAS.” (27 Disember 2008) manakala AJK PAS Pusat, Mohamad Nizar Jamaluddin dilaporkan berkata: “Kita tak pernah janji pun mahu melaksanakan hudud” (3 Januari 2009).

Bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor beberapa kali menolak isu hudud dan negara Islam dalam pakatan pembangkang. Penggantinya, Datuk Seri Hadi Awang menganggap hudud cuma satu aspek 0.0001 peratus daripada hukum Islam (7 Mac 2000).

Sebelum ini mantan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan bangga berkata: “Bukan sahaja dalam manifesto, dalam Perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam. DAP boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” (4 Ogos 2001).

Semua orang masih ingat kata-kata Nik Aziz dan tentu masih ingat kritikan Sultan Kelantan terhadap beliau dan kerajaan pimpinannya yang gagal melaksanakan hudud walaupun baginda sudah bersetuju dan memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.

 Peristiwa ini berlaku pada 19 Mei 1996 dan Nik Aziz berjanji akan mempercepat pelaksanaannya. Namun, sehingga beliau bersara pertengahan tahun ini, hudud di Kelantan masih pada peringkat perbincangan.

Ketua Hakim Syarie Kelantan berkata, PAS berdosa jika tidak laksana hudud seperti dijanjikan. Nik Aziz bagaikan ketuk kepala sendiri apabila berkata: “Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum hudud selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya yakni kedua selepas kafir.” (Harakah, 20 November 1998).

Pengakuan Nik Amar bahawa jawatankuasa teknikal ini akan merujuk pandangan pakar cukup memalukan. Rupa-rupanya tidak ada pakar hudud dalam PAS. Oleh kerana Nik Amar tidak menamakan pakar berkenaan, rakyat mengagak PAS kena rujuk kepada peguam di luar parti itu, termasuk PKR dan mungkin juga DAP. Kesimpulannya pasti sudah diketahui.  





TAG