Rakyat Terengganu ada 2 pilihan sahaja PRU 14 nanti - Syed Azman

Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Adun Batu Burok dari parti Pas menyatakan bahawa pertandingan tiga penjuru Pakatan Harapan (PH), Pas dan Barisan Nasional (BN) akan memberi kemenangan kepada PH dalam pilihanraya umum nanti.

Katanya, kemungkinan besar pertandingan 3 penjuru akan berlaku dan rakyat akan memilih PH atau terus mengekalkan kerajaan memerintah hari ini.

'Rakyat akan membuat pilihan dengan pembentangan bajet yang dibuat oleh kerajaan BN dan juga pada PH'

'Bajet berkenaan juga telah dibentangkan makanisma terbaik untuk rakyat, pendapatan minima, GST dan lain-lain'

'Sebagai contoh di negeri Terengganu, kalu rakyat nak PH dengan janji 20 peratus tuntutan royalti minyak maka pilihlah PH dan jika mahu kekal 5 peratus seperti sekarang itu terserah kepada rakyat Terengganu, ia janji dalam pru,

'Rakyat Malaysia dan Terengganu hanya ada dua pilihan sama ada mahu mengubah samada PH ataupun BN dan tiada pilihan ketiga', katanya menerusi video Amanah berdurasi 1 minit 51 saat.



TAG