Ahli Pas mengukutuk Pesuruhjayanya sendiri

Dato’ Husein Awang menerangkan, kesanggupan beliau menggalas tugas sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu adalah kerana arahan pimpinan dan tanggungjawab terhadap Jemaah.
Beliau tampil menjawab kritikan-kritikan ahli dan penyokong PAS yang mempersoalkan usia beliau yang agak tua berbanding pesuruhjaya negeri yang lain.
“Jika sekiranya PAS ini NGO, sudah lama saya bersara dari memegang jawatan-jawatan ini. Tetapi oleh kerana arahan pimpinan dan PAS ini adalah parti yang membawa agenda Islam, maka saya tetap memikul tanggungjawab ini.
“Hati saya ini masih muda sama seperti Pemuda dan Ameera untuk mencapai kemenangan,” katanya dalam program Lawatan Kerja Pesuruhjaya ke DUN Bukit Payong, Marang di Dewan Madrasah Darul Iman, 12 Disember lalu.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 orang ahli PAS di DUN Bukit Payong yang hadir bagi mendengar amanat dan berdailog dengan beliau.
Sambil memuji kehadiran ahli dari Bukit Payong, beliau memberitahu, inilah kehadiran yang teramai yang beliau lihat setelah membuat lawatan ke 28 buah DUN di Terengganu. -buletinonline
TAG