PART 2 : KAFIRKAH AKU - ISLAM..HUDUD..ISLAM

ISLAM… HUDUD…ISLAM Justeru itu, ketegasan dalam isu akidah yang dibawa oleh Pas di awal era kepimpinan ulama, amat memberi kesan pada ...


ISLAM… HUDUD…ISLAM

Justeru itu, ketegasan dalam isu akidah yang dibawa oleh Pas di awal era kepimpinan ulama, amat memberi kesan pada ahli. Ketaksuban pada parti dan pimpinan waktu itu, bukan lagi lakonan. Sehingga lahirnya mujahid-mujahid yang sanggup berkorban nyawa seperti dalam peristiwa Lubuk Merbau, tragedi Memali, isu perobohan Institut Berakan di Kuala Terengganu dan rampasan tapak muasasah di Kedah. Semua ini berlaku kerana tebalnya sifat kasih sayang ahli terhadap parti dan pimpinan.
Ahli-ahli Pas sanggup lakukan apa sahaja dengan hasrat ingin melihat Pas memerintah negara ini,  menggantikan pemerintahan sekular yang dibawa oleh Umno. Pendek kata, mereka sanggup mati kerana Pas. Hendak lihat Pas menang besar kerana mahu sama ada Ustaz Fadzil atau Hj Hadi menjadi PM. Mereka yakin jika mati berjuang dalam Pas, akan dapat syahid, walau mati jatuh pokok ketika memasang bendera Pas sekali pun. Apa lagi bila  difatwakan oleh setengah ulama Pas bahawa undi Pas itu boleh masuk syurga. Jika masih bertolak ansur dengan Umno, selagi itulah ruang ke syurga masih tertutup.
Inilah yang kami faham dan difahamkan semasa awal kepimpinan ulama. Dengan kefahaman inilah saya dan kawan-kawan lain penjawat kerajaan sanggup meninggalkan jawatan. Jawatan itu dianggap sebagai penghalang perjuangan dalam parti. Masingmasing dengan ikhlas berkorban mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang syumul atau sempurna. Seringkali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah negara pada jam 12 tengah malam, maka undang-undang Islam akan terlaksana pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang-undang Lord Reid. Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat hukum hudud itu terlaksana. Selagi hudud tidak terlaksana, ertinya perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makanan tidak bergaram, minuman tak bergula.
Pimpinan Pas juga mengatakan bahawa Umno gagal melaksanakan hudud kerana takut kepada orang bukan Islam. Umno dikatakan bimbang hilang undi masyarakat bukan Islam. Pimpinan Pas juga tidak menerima alasan dari mantan PM Malaysia sejak Tunku Rahman hingga Tun Dr. Mahathir, yang mereka sukar laksana hudud sebab Malaysia negara majmuk. Hujah PM ini ditolak dengan alasan bahawa ketika Kota Madinah di perintah oleh nabi dulu pun, masyarakatnya majmuk. Selain Islam ada Yahudi dan Kristian. Tetapi tidak melantik orang-orang kafir ini sebagai pemimpin kerajaan Islam. Alasan PM ketika itu dianggap sebagai takut kepada manusia, bukannya takut pada Allah. Lalu akidah PM dan ahli Umno disebut sebagai tidak betul. Atas alasan ini, mengundi Umno adalah haram.
Juga dijanjikan bila Pas berkuasa pemimpin-pemimpin kerajaan Pas sama ada PM, MB, KM, Exco dan pegawai kanan kerajaan, akan hidup secara sederhana.Tidak ada kereta mewah, rumah mewah, perabot mewah kalau boleh biar duduk atas lantai sahaja. Hingga ada yang kata kalau boleh mereka akan pergi ke pejabat dengan basikal, kononnya nak ikut  negara Cina. Mereka akan jadikan diri sebagai hamba kepada rakyat bukannya menghambakan rakyat. Pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz akan dijadikan model. Kezuhudan Ayatullah Khomenei akan dijadikan ikutan.
Demi menyelamatkan akidah orang-orang Melayu Umno, demi menyelamatkan rakyat dari kezaliman BN /Umno, demi menyelamatkan wang rakyat dari kerakusan pimpinan BN/Umno, demi menyelamatkan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu, seperti yang dikata, saya dan sebilangan rakan-rakan mengambil keputusan berhenti dari penjawat awam. Kami nak bergerak laju, agar negara Islam di bawah pentadbiran Pas segera terbentuk. Bertambah kuat azam kami untuk berjuang demi agama, demi bangsa dan rakyat tanpa ragu-ragu lagi, kerana habuan yang akan kami perolehi kelak adalah syurga. Apa akan berlaku pada masa depan kami dan anak isteri dengan kehilangan pekerjaan adalah tidak penting, tawakal sahaja. Allah Maha Mengetahui.
Dalam usaha mencapai matlamat ini, apa juga halangan pasti akan ditempuh. Kata orang ‘membujur lalu, melintang patah’. Siapa juga yang menjadi penghalang akan ditentang. Bukan sekadar sahabat handai, saudara mara atau jiran, malah ibu bapa sekali pun yang menghalang tidak akan diendahkan. Ini bukanlah kehendak Pas, tetapi kehendak Islam. Begitulah kata pemimpin Pas dengan mengemukakan dalil-dalil seperti dalam ayat 24 pada surah at-Taubah bermaksud,
Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azabnya); kerana Allah tidak akan beri petunjuk kepada orang yang fasik (derhaka).’
Atas kefahaman ini, atas pegangan ini, atas prinsip ini dan atas perjuangan ini untuk apa lagi kami hendak menentang arahan parti. Tidak ada sebab lagi untuk kami mempertikaikan setiap janji pimpinan. Sebagai ahli yang ikhlas dalam perjuangan, tetap wala’ pada parti, wala’ pada pimpinan, biarpun siapa sahaja pimpinan itu. Matlamat jatuhkan BN/Umno yang sekular  perlu diutamakan, pemerintahan Islam harus disegerakan. Pada minda ahli ketika itu hanyalah ‘Islam, hudud … Islam  hudud…hudud dan hudud.’

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: PART 2 : KAFIRKAH AKU - ISLAM..HUDUD..ISLAM
PART 2 : KAFIRKAH AKU - ISLAM..HUDUD..ISLAM
https://2.bp.blogspot.com/-DGwDrvlE79g/WsWZ75cibqI/AAAAAAAAZzU/DG0ki5f83IASoTHzOQyu4058erKbR4e3QCLcBGAs/s640/COVER.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-DGwDrvlE79g/WsWZ75cibqI/AAAAAAAAZzU/DG0ki5f83IASoTHzOQyu4058erKbR4e3QCLcBGAs/s72-c/COVER.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2018/04/part-2-kafirkah-aku-islamhududislam.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2018/04/part-2-kafirkah-aku-islamhududislam.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy